Saturday, June 25, 2016

Check up di Hospital Mawar


24 Jun 2016, pagi2 lagi dh sampi di Hospital Mawar, check up dengan Dr. pukul 10 pg. Sebelum tu, gi X-Ray dulu. Dalam bilik dr. Bernard, dia dok terangkan kt aku kondisi lutut ni. Ligamen nampak ok & lutut retak tu dh mula bersambung. Dia buka balutan kt lutut ni, dan suruh aku try bengkokkan kaki. Dapatla bengkok sket, lebih 90 darjah. Aku igt dah x payah balut kaki lagi, rupenye kene balut gak. Dr. nasihatkan jangan pijak guna kaki tu dulu. 2 Julai datang check up lagi. Dapat la MC lagi seminggu. Nanti update lain ye. Daaaa...

Lutut cedera...X-Ray...MRI..ACL? MCL?


Pagi2..4 Jun 2016, seingat aku pkul 5 am.. Nurse kejutkan mintak sign dari aku. Rupenya kne sign form utk jalani MRI. MRI scan ni utk diagnose ada x kecederaan yang berlaku di ligamen. Ye la, X-ray je x nmpk. Aku pun dimasukkan ke dalam mesin MRI ni. Sambil2 dengar lagu Akim & the Majestret. Time dlm mesin ni mmg kuat gak bunyinya..kelentang-kelentung..nasib baik aku x mabuk or nk termuntah..
Mesin MRI, gmbr dr Wikipedia
Selesai hampir 20 minit dlm mesin ni, di pendekkan cerita... ni la resultnya..

Result dr MRI

Kesimpulannya, mengikut kata Dr, aku mengalami retak dilutut, koyak di ACL (anterior cruciate ligament) & MCL (medial meniscus ligament). Selalunya, ahli2 sukan biasa dapat kecederaan macam ni. Banyak jugak yang koyak. Hmmm..patut la lutut aku x boleh nak bengkok lepas jatuh tu. Dugaan Allah..
Lepas buat MRI & X-ray kali kedua, aku dibawa ke unit fisioterapi. Rawatan ais dilutut:

Sejukkk
Ahli fisioterapi pon x leh nak buat pape sbb Dr. Bernard x bagi bukak balutan ni. So, depa ajar aku jalan guna tongkat @ crutches.
Esoknya, aku dah boleh discharge. Dpt MC 3 minggu 24 June follow up dengan Dr. Bernard. Bersambung...

Hospital..here I come

Setelah balik dari klinik, Tirah bawak aku ke Hospital Mawar. Call KPJ, Columbia Hospital, semua katil penuh. So, sampai je kat Mawar, aku direferkan ke Emergency Unit. Hasil X-ray tadi di analyse oleh dr. di Mawar.
Ni lah hasil x-ray lutut aku
Hmmm...apa lagi, warded la nmpknya. Memang ada retak kat lutut. Hebat sungguh pengangan longkang tersebut. Huhuhu...untuk sementara, aku ditempatkan di unit kecemasan. Bab ni la yg aku x suke......kalo dh masuk hospital, namanya kne cucuk la tangan dgn menda ni...aku dh la takut gle ngn jarum...adoiiaiiii..
credit to aconmedical.com


Nurse injectkn pain killer & beberapa ubt lain..mata mamai dah..sementara tu Tirah tolong uruskan admission aku. Nasib la ada medical card company..Alhamdulillah.
Beberapa minit kemudian, dr. Bernard dtg. Proses memplaster kaki pon bermula.

Sempat Tirah snap gmbr
Aku pon dibawa ke ward..tido ward la nmpknya aku mlm tu. Petang tu kawan2 & student datang melawat. Malam plak k. Umi dtg bawak baju & sabun. Nak mandi..1 hari x mandi wooo. Malam tu aku tido dengan berbekalkan ais di kaki.sejukk.huhu..
Rasa lega..sakit pun kurang


Kuatnya hati yang ingin melangkah


Sambung cerita..Pagi Jumaat 3 Jun 2016. Macam biasa la..hari Jumaat, pepagi aku dh kemas2, nak balik kg la katakan. Nak menyambut 1 Ramadhan lagi...Dengan berbekalkan kaki yang sakit, aku gagahkan diri melangkah pergi kerja, siap isi minyak kete kt Shell. Perghhh, jalan berdengkot-dengkot. Cover2 takut org tgk..dah nape minah tu jalan mcm tu..hehe.
Sesampai kat kolej a.k.a officeku yang dicintai, pak cik guard tegur.."Awat ngn kaki hang?". Aku jwb, "Jatuh longkang, pak cik..". Aku senyum je. Pandang tangga kolej yang tinggi tu, aku melangkah dengan menahan sakit. Akhirnya sampai gak kt bilik lecturer.
Pendekkan cite, aku ngaja la mcm biasa pagi tu. Turun jap kt bilik lecturer, member2 dah tegur, mcm teruk je kaki tu.. K. Umi a.k.a my housemate pasangkan bandage, K. Yani urut lutut den sesikit. Sakit gak time tu. Diorg semua nasihatkan g klinik. Athirah offer nak hantarkan. Oke..aku stuju, takut jadi pape plakkn.
Sampai kt Klinik Raj, aku diusung ngan wheel chair.
Mcm dh x sedap hati dah..dup dap dup dap

Masuk je bilik Dr. Raj tu, buka bandage kat lutut, dr. ckp pergi refer hospital. Hmmm...ah sudah..Lagi la berdebar. Dia referkan ke KPJ. Aku dok bincang2 ngn Tirah, kne cari klinik yang ada x-ray nih. Gi plak ke Poliklinik Ria S2. Masuk2 je bilik Dr, beliau suruh g x-ray dulu...Dan keputusannya, Dr. syak yang lutut aku ni retak sket. Maka bermula la misi ke hospital plak. TBC....

Bermula suatu kisah...nasi lemak oh nasi lemak


Actually, aku just nak share sikit pengalaman aku jatuh longkang time nak gi makan nasik lemak. Maybe blog aku ni dapat membantu sesape yang penah jatuh & kene cedera yang mcm aku alami skrg ni. Ceritanya bermula pada 2 June 2016, baru balik dari kerja, kira2 pkul 9 malam (ye la kan, kelas malam)..Man ajak aku, Ain & sorang student part time gi makan nasik lemak kat ampangan. Betul2 depan Sek. Teknik Ampangan. Aku & Ain naik satu kete, Man bawak moto Honda lampu petak beliau.
Sampai kat depan kedai tu, aku parking kete jauh sket. Dengan syoknya kami turun kete & berjalan la ke kedai tu. Tiba2,Ain menjerit...opocot....!!! hampir nk masuk longkang. Tapi, malangnya aku plak yg termasuk ke dalam longkang tu...Aduhai..sakit gak la, jatuh terduduk, lutut terkena kt tepi longkang tu...tp maintain boleh jalan lg. Kelihatan Man & student yg dh smpi kt meja ketawa hikhikhik...x pe la, aku pon tumpang ketawa. Sakit tu x rasa sangat. Aku pon pe lg..orderla nasik lemak yg dikatakan sedap tu...
Dah habis makan, aku nak bangun bayar, tapi...tetiba kaki x leh nk jalan. Kaki kanan aku mcm dikunci, x boleh bengkok..Adoiiiaiii..sakit tahap gaban. Allah je la yang tahu. Aku gagahkan jugak, melangkah ke kereta. Balik ke rumah...mandi, solat..solat pun duduk. Nak naik tangga punya la seksa, tp aku gagahkan jugak la..dlm mind set...ni seliuh je ni..
Malangnya...continue post lain esoknya..